![]()  | 
| Ahmad merasmikan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai, pagi tadi. | 
KUALA KRAI: Kerajaan Negeri Kelantan membina Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai  untuk memperingati bencana banjir  Disember 2014 yang meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa serta memusnahkan harta benda sebahagian besar penduduk.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembinaan tugu ini juga sebagai penghargaan kepada semua pihak yang telah berkerjasama membantu mangsa  banjir dari daerah ini.
"Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai dibina dengan elemen yang mempunyai maksud tersendiri.
"Pembinaan tugu ini  bukan sahaja sebagai tanda peringatan terhadap banjir besar melanda daerah ini ,tetapi bakal menjadi satu lagi produk pelancongan ke  Kuala Krai,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai, pagi tadi.
Ahmad berkata,pelancong yang datang ke Kuala Krai berpeluang menyelami kehidupan dilalui mangsa.
Tugu ini merupakan yang kedua selepas Tugu Peringatan Jalan Raya Kuala Krai - Gua Musang yang terletak bersebelahan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 28 Ogos 2016

Tiada ulasan:
Catat Ulasan