Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 1 Ogos 2016

MITI buka peluang kembang pelaburan di Vietnam kepada usahawan Kelantan


Pengarah MITI Kelantan dan Terengganu, Azran Deraman (kiri) melayan tetamu yang hadir pada majlis sambutan Aidilfitri di Kota Bharu.
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membuka peluang kepada usahawan di Kelantan meneroka pasaran pelaburan di Vietnam. 

Usaha itu bakal direalisasikan apabila satu seminar akan diadakan dengan beberapa syarikat dari negara terbabit pada akhir bulan depan. 

Pengarah MITI Kelantan dan Terengganu, Azran Deraman, berkata seminar itu bagi melihat sektor tempatan di Vietnam yang boleh diterokai dalam pelbagai bidang. 

"Kami sasarkan 200 usahawan dari Kelantan mengikuti seminar itu yang dijangka menarik perhatian mereka untuk mengetahui prospek pelaburan di Vietnam

"Kita berbesar hati melihat apa saja sektor tempatan Vietnam yang boleh diteroka sama ada bidang pertanian, pembuatan, perniagaan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di majlis sambutan Aidilfitri di sini, sebentar tadi. 

Azran berkata, sebelum ini ramai rakyat Malaysia khususnya dari Kelantan berulang-alik ke Vietnam terutama yang menjalankan perniagaan pakaian bagi mendapatkan stok dari negara itu

Justeru, katanya, tidak salah jika prospek pelaburan diperluaskan kepada pelbagai bidang lain yang dilihat mampu diterokai rakyat Malaysia. 

Selain itu, beliau berkata pada 20 dan 21 Julai lalu, Duta Vietnam ke Malaysia, Pham Cao Phong, mengadakan kunjungan ke Kelantan selama dua hari. 

"Kunjungan itu untuk melihat pengurusan operasi di kawasan bebas cukai kerana Vietnam berminat mewujudkan operasi sama di negara itu. 

"Beliau dibawa ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang untuk melihat sendiri pengurusan operasi di sana dengan penerangan lengkap daripada anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). 

"Selain itu, beliau juga dibawa ke Pelabuhan Tok Bali, Pasir Puteh untuk meninjau sektor perniagaan di sana," katanya.

Sumber: Berita Harian | Wilayah Timur | 31 Julai 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan