KOTA BHARU: Konsep kedai buku bergerak yang buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Book2U Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) di negeri ini, bukan hanya memudahkan orang ramai mendapatkan bahan bacaan keluaran Karangkraf, tetapi juga menjimatkan masa.
Pengurus Kanan Book2U Mobile, Rusmin Fadzil berkata, Book2U yang menggunakan konsep ‘pergi kepada pembaca’ itu membolehkan orang ramai mendapatkan bahan bacaan diingini tanpa perlu ke kedai buku.
“Apa yang dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian ini adalah yang pertama kali di Kelantan, kita bertemu dengan penggemar-penggemar bahan bacaan terbitan Karangkraf, termasuk buku, novel, majalah serta al-Quran dan terjemahan.
“Hari ini kita bawakan dulu trak Book2U dari Shah Alam untuk diperkenalkan di Kelantan. Tak lama lagi kita akan letak satu trak khas di sini bagi memudahkan Book2U ini bergerak ke seluruh Pantai Timur,” katanya kepada Sinar Harian di SMK Kubang Kerian di sini, semalam.
Turut bergerak ke masjid, jabatan, kawasan perumahan

Mengulas lanjut, Rusmin berkata, Book2U bukan hanya untuk sekolah-sekolah (walaupun 80 peratus di sekolah), sebaliknya akan bergerak ke masjid, jabatan-jabatan dan kawasan perumahan yang mempunyai kawasan luas bagi menempatkan trak ketika urus niaga dijalankan.
Beliau berkata, Book2U juga lebih ke arah menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan masyarakat dengan menawarkan harga menarik termasuk diskaun minimum 10 peratus (majalah) dan 20 peratus (buku) selain promosi dari semasa ke semasa.
“Keutamaan kita bukan terhadap keuntungan semata-mata, lebih penting mudah bagi orang ramai mendapatkan bacaan diingini, yang ditawarkan dengan harga menarik, selain memperkenalkan kad-kad diskaun supaya mereka boleh dapatkan potongan harga bagi setiap pembelian,” katanya.
Menurutnya, selama seminggu mereka akan menjelajah bandar ini dan mengunjungi beberapa sekolah terpilih dalam misi memperkenalkan trak Book2U kepada pelajar dan masyarakat.
Amat membantu pelajar, guru
Sementara itu, wakil pentadbir yang juga Guru Penolong Kanan Tingkatan, Tengku Nooriza Tengku Johan berkata, pihaknya menyambut baik usaha Book2U yang disifatkan begitu membantu pelajar dan guru mendapatkan bahan bacaan tanpa memaksa mereka ke kedai buku.
“Tidak semua pelajar mempunyai kemudahan untuk mengunjungi kedai-kedai buku di kawasan mereka. Konsep digunakan Book2U tepat pada masanya kerana berjaya menyelesaikan sebahagian kekangan yang sering dihadapi pelajar,” katanya.
Tengku Nooriza berkata, ia pengalaman pertama bagi guru serta lebih 1,200 pelajar sekolah berkenaan dan berharap konsep seperti ini akan terus diketengahkan pada masa akan datang.
Tidak pernah cuba
Dalam pada itu, pelajar, Nik Mohd Amali Nik Daud, 16, mengakui teruja sebaik melangkah kaki ke trak Book2U kerana sebelum ini tidak pernah melalui pengalaman membeli buku melalui cara itu.
Seorang lagi pelajar, Nurul Fazreen Mohamed Basri, 16, berkata, walaupun hanya melalui trak, namun Book2U menyediakan pelbagai jenis buku dan novel yang terkini dan menarik.
“Kehadiran trak Book2U ke sekolah-sekolah akan memudahkan kami membeli buku diinginkan dengan lebih mudah dan cepat. Harga ditawarkan pun istimewa,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 2 Ogos 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan