KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Kelantan akan berusaha menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan Vietnam bagi membantu usahawan dari negeri ini menerokai pasaran di negara tersebut.
Pengarahnya, Azran Deraman berkata, setakat ini, beberapa cadangan telah dibuat termasuk mengadakan siri taklimat mengenai peluang pasaran di Vietnam untuk usahawan di negeri ini khususnya.
“Untuk akhir Ogos ini, MITI akan bekerjasama dengan kedutaan Vietnam bagi mengadakan taklimat kepada usahawan supaya mereka dapat melihat dengan lebih jelas sektor pasaran yang sesuai di Vietnam.
“Dari situ kita akan dapat penjelasan yang lebih terperinci selain melihat perkembangannya serta potensi untuk usahawan menerokai pasaran di Vietnam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri MITI Wilayah Kelantan dan Terengganu di Pejabat MITI di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Mohd. Zailani Abd. Rahman.
Dalam pada itu, Azran berkata, MITI juga akan cuba mengadakan perbincangan dengan Syarikat penerbangan AirAsia Bhd. serta Malindo Air bagi mewujudkan laluan terus dari Kota Bharu ke Ho Chi Minh.
“Laluan berkenaan amat sesuai kerana ramai rakyat Kelantan yang suka ke Ho Chi Minh dan Hanoi. Ini juga salah satu peluang untuk memudahkan usahawan di negeri ini merokai pasaran di Vietnam.
“Ia bukan sahaja dapat membantu usahawan di sini, malah langkah ini juga akan membantu merancakkan lagi sektor pelancongan di Kelantan,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Kelantan untuk mengenal pasti sektor pelancongan yang sesuai di sini.
“Apabila kita ke Vietnam, kita akan didedahkan dengan tempat-tempat pelancongan di sana. Oleh itu, kita juga perlu beri pendedahan kepada mereka mengenai keunikan negeri kita.” ujarnya.
“Kita boleh tonjolkan beberapa mercu tanda kita untuk merancakkan lagi sektor pelancongan di sini. Kita akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 31 Julai 2016 | Terbitan 1 Ogos 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan