Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 19 Ogos 2016

Budak lelaki ditinggalkan di tepi jalan beransur pulih

IPOH: Seorang budak lelaki berusia dua tahun yang mengalami pendarahan otak dan ditinggalkan di tepi jalan (gambar) semakin beransur sembuh di hospital di sini.

Orang awam telah menemui kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kotak di Jalan Ampang Baru 6 kira-kira pukul 1.30 tengah hari, 30 Julai lalu sebelum dia dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Dia kini telah sedar dan mampu bernafas tanpa bantuan alat pernafasan. Disyaki menjadi mangsa penderaan, polis menggesa saksi untuk tampil ke hadapan.

Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-524 9091 atau 05-245 1628/1629.
Sumber: mStar Online | 19 Ogos 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan