Perniagaan raih untung berlipat ganda ketika Ramadan dan Syawal. |
KOTA BHARU: Bulan puasa baru sahaja masuk hari kedua namun Persatuan Pelindung Pengguna (Pelindung) Kelantan telah menerima aduan berkaitan harga makanan yang dijual di bazar Ramadan.
Presidennya Ahmad Othman berkata, rata-rata pengadu menyuarakan rasa tidak puas hati berikutan kenaikan harga ketara membabitkan beberapa jenis makanan.
Menurutnya, bagi memastikan kebenaran aduan tersebut pihaknya akan melakukan melakukan tinjauan ke bazar-bazar Ramadan sekitar bandar raya ini dalam masa terdekat.
“Jika ada aduan kita akan turun padang buat tinjauan, jika benar berlaku harga melampau itu baru kita maklumkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.
“Kita kena terima hakikat selepas perlaksanaan GST dan minyak baru-baru ini, boleh dikatakan kesemua barangan naik mendadak,” katanya.
Ahmad berkata, bagi mengelak pembaziran dan membeli makanan dengan harga yang tidak setimpal, beliau menasihatkan pengguna lebih bijak ketika berbelanja.
Tambahnya, kesan kenaikan harga itu sedikit sebanyak beri kesan kepada rakyat lebih-lebih lagi baharu sahaja pulih dari kesan banjir besar.
“Kira-kira 60 peratus rakyat di negeri ini adalah terdiri daripada orang susah. Membeli secara berhemah, jangan terlalu boros berbelanja lebih-lebih di bulan Ramadan bazarnya merata-rata,” katanya.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 20 Jun 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan