Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 22 Jun 2015

Perlukan ramai sukarelawan Sukan SEA 2017

Khairy Jamaluddin
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, permohonan untuk menjadi sukarelawan Sukan SEA 2017 akan dibuka dalam masa terdekat.

Beliau berkata, ribuan sukarelawan diperlukan apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada temasya dwitahunan itu.

“Dalam masa terdekat kita akan buka permohonan untuk sukarelawan Sukan SEA 2017. Kalau minat, saya harap anda akan tampil untuk menjadi sebahagian daripada Team Malaysia.

“Mari kita jadikan Sukan SEA 2017 terbaik,” katanya dalam entri terbaru di Facebooknya, semalam.

Khairy yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran Sukan SEA 2017 berkata, segala persiapan menjuarai keseluruhan Sukan Sea dan berjaya dari segi penganjuran telah pun bermula.

Pada November 2011, Khairy mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 selepas jemaah menteri meluluskan pembentangan di Mesyuarat Jemaah Menteri walaupun jika mengikut sistem penggiliran sepatutnya Malaysia menjadi tuan rumah pada 2019.

Temasya 2017 sepatutnya giliran Brunei, tetapi negara jiran itu meminta penangguhan daripada Persekutuan Sukan Sea.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah enam kali sejak 1965 dan 1971 yang mana pada ketika itu ia dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (Seap).

Selepas Persekutuan Seap menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi tahunan itu dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah pada 1977 diikuti 1989 dan 2001.

Malaysia muncul juara keseluruhan pada 2001 apabila meraih 111 pingat emas, 98 perak dan 86 gangsa.
 
Sumber: Bernama | 22 Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan