Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 17 Jun 2015

Kadar zakat fitrah di Kelantan kekal RM7

KOTA BHARU: Kadar zakat fitrah bagi Kelantan pada tahun ini kekal RM7 seperti tahun lepas, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Datuk Serpudin Mohamad.

Beliau berkata pihaknya telah melantik 640 orang amil yang ditugaskan untuk mengutip zakat fitrah pada tahun ini.

"Mereka yang dilantik ini terdiri daripada imam masjid di setiap mukim di negeri ini, pegawai agama di kem tentera, balai polis dan juga pusat tahanan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi pembayaran zakat harta, Serpudin berkata orang ramai boleh mula membayar zakat berkenaan di Kaunter Pejabat Maik di Kompleks Islam Darulnaim di sini bermula esok sehingga 16 Julai ini.

Kaunter dibuka setiap hari bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang, selain itu kaunter zakat bergerak akan beroperasi di pasar raya KB Mall dan Tesco bermula 21 Jun ini sehingga 15 Julai, katanya.

Sementara itu, beliau berkata zakat harta juga boleh dibayar melalui insititusi perbankan yang dilantik iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank Berhad, RHB Bank, AmBank, Malayan Banking Bhd, Bank Rakyat, Affin Islamic Bank Bhd dan Standard Chartered Bank.

Serpudin berkata pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM8.1 juta tahun ini berbanding RM8 juta tahun lepas manakala bagi zakat harta pula sasaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM160 juta tahun ini berbanding tahun lepas RM144 juta.

Sumber: Bernama | 17 Jun 2015

1 ulasan:

  1. Pelanggan yang dihormati,
    Kumpulan pendanaan pakar menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar memulakannya kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.

    Kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami dan menolong mereka berjaya dari segi kewangan. Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.

    Kadar faedah rendah 2%
    Tempoh 1 hingga 15 tahun
    Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com

    BalasPadam