Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 7 Jun 2015

Majlis Daerah Bachok diminta roboh sarang maksiat dan penagihan dadah di Pantai Senok

Tinggalan binaan chalet di Pantai Senok yang kini menjadi sarang maksiat dan penagihan dadah. 
KOTA BHARU: Pihak berkuasa terutamanya Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDB-BPI) diminta mengambil perhatian ke atas tinggalan chalet terbiar di Pantai Senok, Tawang, Bachok, Kelantan yang kini menjadi sarang maksiat dan penagihan dadah. 

Pihak kami menerima aduan daripada pengadu bahawa kawasan chalet terbiar tersebut sudah bertahun-tahun lamanya menjadi sarang maksiat dan penagihan dadah tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa walaupun sudah banyak kali aduan dibuat. 

Menurut pengadu lagi, boleh dikatakan setiap malam ada pasangan yang 'berkasih-sayang' di kawasan chalet terbiar ini. Kami juga difahamkan bahawa aduan juga telah dibuat kepada Y.B. Ustaz Hassan bin Mohamood, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, namun belum ada tindakan drastik diambil untuk menangani permasalahan ini. 

Pihak Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam diminta merobohkan sepenuhnya tinggalan binaan chalet di Pantai Senok yang kini menjadi sarang maksiat dan penagihan dadah. 
Oleh itu, pihak MDB-BPI diminta merobohkan sepenuhnya tinggalan chalet terbiar tersebut supaya ia tidak lagi menjadi sarang maksiat dan penagihan dadah. Landskap kawasan tersebut juga perlu dibaiki supaya dapat menarik kedatangan pelancong ke pantai peranginan ini. 

Sumber: Gerbang KBBRI | www.kbbri.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan