Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 20 Jun 2015

POKB dan Pasar Raya Mydin sumbang bantuan makanan kepada mangsa banjir tinggal di dalam khemah

GUA MUSANG: Sebanyak 43 keluarga mangsa banjir yang tinggal di dalam khemah di kawasan penempatan sementara di Bandar Utama di sini, menerima bantuan makanan daripada Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) dan Pasar Raya Mydin.

Bantuan makanan seperti gula, susu, tepung gandung, teh, biskut dan beras itu disampaikan Ketua Anggota Muda POKB, Dr Wan Amirul Asyraf Wan Mohd Noor bertujuan meringankan beban perbelanjaan mangsa sempena Ramadan ini.

Dr Wan Amirul Asyraf berkata POKB sentiasa menghulurkan bantuan kepada penduduk yang ditimpa bencana termasuk mangsa banjir yang berlaku pada Disember tahun lepas.

"Kita bersimpati dengan keadaan kehidupan mereka dan kalau boleh kita mengambil pendekatan menyelesaikan masalah mengikut kehendak mangsa banjir," katanya.

Sementara itu, ketua penempatan kawasan berkenaan Azhar Ariffin berkata mereka akan berpindah ke kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani, setelah kerajaan sedia memenuhi keperluan mereka.

"Kita mahu pihak terbabit membenarkan mangsa banjir memasak sendiri di tempat penginapan dan menyediakan pengangkutan untuk hantar anak mereka ke sekolah setiap hari," katanya.

Sumber: Bernama | 20 Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan