Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 20 Jun 2015

Kerajaan wujudkan enam lagi UTC tahun ini termasuk sebuah di Kota Bharu

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan enam lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan empat versi mini dengan kos RM100 juta di seluruh negara tahun ini .

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada pemacu transformasi kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat.

"Lokasi dan bangunan UTC telah dikenal pasti dan akan melalui kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf pada akhir tahun," katanya kepada pemberita selepas melawat Mini UTC Datuk Keramat di sini Sabtu.

Lokasi UTC baharu itu ialah di Kelantan, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Ahmad berkata kos pengubahsuaian dan menaik taraf bangunan tersebut adalah antara RM20 juta dan RM40 juta, manakala versi mini adalah lebih rendah.

Sementara itu, katanya kos pengubahsuaian Mini UTC di Datuk Keramat adalah kira-kira RM15.8 juta dan mempunyai kemudahan seperti Klinik 1Malaysia.

Pada masa ini, terdapat 10 UTC di negara ini, dengan lapan merupakan pusat yang lengkap dan dua versi mini.

UTC merupakan pusat sehenti untuk orang ramai menikmati kemudahan seperti membayar bil, memohon pasport, berjumpa doktor atau bersenam di gimnasium.

Ahmad berkata populariti dan sambutan yang menggalakkan terhadap pusat UTC adalah antara sebab bilangannya ditingkatkan.

Sehingga 31 Mei lepas, terdapat kira-kira 5.1 juta pengunjung ke 10 UTC.

Sumber: Bernama | 20 Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan