Nozula Mat Diah (duduk, kiri) bersama Mohd. Arshad Ismail (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan lot tanah ladang kepada seorang peneroka di KT Kesedar Chalildi Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini. |
GUA MUSANG: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) membelanjakan kira-kira RM13 juta bagi kerja mengukur kawasan ladang sawit seluas lebih 13,000 hektar di sembilan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) di negeri ini.
Timbalan Pengerusi Kesedar, Datuk Nozula Mat Diah berkata, 13,000 hektar tanah tersebut akan diagihkan kepada 2,228 peneroka dengan setiap peneroka mendapat empat hektar tanah.
Katanya, pengagihan itu menyaksikan penantian lebih 30 tahun para peneroka berkenaan untuk mendapatkan lot tanah akhirnya menjadi kenyataan.
“Lembaran sejarah baharu tercipta apabila seramai 185 peneroka di RKT Kesedar Chalil mendapat hak milik tanah.
“Ini hanya permulaan kerana baki lebih 2,000 peneroka lagi akan turut menerima hak milik tanah yang akan diserahkan secara berperingkat.
“Kita berharap para peneroka akan bertanggungjawab kepada tanah ladang masing-masing dan mengusahakan tanah tersebut dengan sebaik-baiknya bagi menjana pendapatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pra-Penyerahan Lot Ladang Peneroka di perkarangan Pejabat Operasi Kesedar Chalil, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengurus Besar Kesedar, Datuk Mohd. Arshad Ismail.
Nozula dalam pada itu berkata, Kesedar merupakan sebuah agensi yang sentiasa komited membela nasib peneroka apabila mereka diberi bantuan sara hidup sebanyak RM1,000 sebulan.
Malah katanya, hutang sebanyak RM30,000 sehingga 50,000 bagi menampung perbelanjaan pembangunan ladang sejak Kesedar dibuka pada 1976 juga telah dilupuskan.
“Selain itu, Kesedar turut melaksanakan kemudahan asas seperti jalan raya dan kemudahan air bersih di kawasan Kelantan Selatan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 9 Jun 2015 | Terbitan 10 Jun 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan