Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 6 Jun 2015

'Ranking' naik, Dollah fokus kempen kelayakan Piala Dunia

Dollah (kanan) bersama pemain-pemain pada sesi latihan skuad negara.
SHAH ALAM: Pengendali skuad bola sepak kebangsaan Dollah Salleh mahu menumpukan terhadap persediaan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2018, walaupun ranking pasukan negara meningkat empat anak tangga pada Khamis. 

Beliau berkata soal ranking tidak seharusnya mengganggu skuad Harimau Malaya yang kini dalam persiapan bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. 

"Kita kena beri yang terbaik pada perlawanan menentang Hong Kong. Saya tak nak sibuk tentang ranking sehingga persediaan pasukan terganggu, saya kena pastikan saya fokus dan mantapkan pasukan, itu penting," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Shah Alam, pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai ranking skuad negara yang meningkat empat anaktangga daripada kedudukan ke-166 ke 162 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 

Sementara itu, Dollah mengakui bahawa pemilihan senarai akhir 23 pemain untuk kempen Kelayakan Piala Dunia menjadi semakin sukar kerana kesemua pemain menunjukkan prestasi memberangsangkan.

"Hari ini (Khamis) hari terakhir latihan sebelum saya terpaksa ketepikan lapan pemain, tapi saya masih tidak dapat buat keputusan lagi. Ada dua pemain yang saya masih ragu-ragu, sama ada nak simpan atau tidak, apa pun saya akan umumkan nanti. 

"Kebanyakan pemain yang beraksi pada perlawanan menentang Tottenham Hotspur mungkin dikekalkan kerana prestasi mereka memuaskan hati saya," katanya. 

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama UAE, Timor Leste, Palestin dan Arab Saudi. 

Skuad negara akan memulakan cabaran menentang Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin pada 16 Jun, sebelum menghadapi saingan getir berdepan UAE pada 3 September dan Arab Saudi (8 Sept). 

Kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia itu juga menjadi pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber: mStar Online | Sukan | 5 Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan