Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 10 Jun 2015

Dadah penyebab utama kes jenayah


Mazlan Lazim menyampaikan ceramah mengenai pencegahan jenayah dan keperluan kerjasama komuniti di Masjid Naim, Jelawat, di Bachok, baru-baru ini.
BACHOK: Penyalahgunaan dadah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada kes-kes jenayah seperti samun, ragut, jenayah kekerasan dan curi kende- raan di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, kesimpulan itu dibuat kerana kebanyakan suspek yang terlibat dengan jenayah tersebut didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Sebagai usaha mengurangkan kejadian jenayah tegas beliau, polis akan mempergiatkan lagi usaha mengesan dan menangkap pengedar dadah di negeri ini.

“Walaupun indeks jenayah di negeri ini mencatatkan penurunan dan berada pada kadar tidak membimbangkan, itu tidak bererti usaha mengekangnya diabaikan.

“Polis akan mewujudkan kerjasama padu dengan masyarakat bagi menggagalkan penjenayah mencari ruang untuk menjalankan kegiatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan program Mengimarahkan Masjid dan Mengeratkan Hubungan Polis Dengan Komuniti di Masjid Naim, Jelawat, dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Hamid Che Ahmad dan Pengerusi Majlis Pencegahan dan Pemulihan Dadah Daerah, Datuk Dr. Ilias Husain.

Mazlan dalam pada itu memberitahu, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menum- paskan pengedar dadah di seluruh negeri.

“Maklumat penagih yang ditangkap turut dikumpulkan untuk membantu pasukan narkotik menjejaki rangkaian pengedaran dadah sehingga ke akar umbi termasuk kes-kes yang membabitkan penyeludupan dadah dari negara jiran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memberitahu, polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani kes samun, ragut, pecah rumah dan curi kenderaan dengan lebih berkesan.

Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 7 Jun 2015 | Terbitan 8 Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan