Musliha (kanan) melayan orang ramai yang ingin mendapatkan produk kraf tangan dibuat daripada kenaf. |
PASIR MAS: Orang ramai di negeri ini perlu menyokong sepenuhnya produk kraftangan keluaran Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dalam usaha merancakkan lagi industri tanaman berkenaan.
Penyelia Kraf LKTN Pasir Mas, Musliha Abd Ghani berkata, kesemua produk itu bukan sahaja cantik, malah berkualiti dan tahan lama serta mampu menepati cita rasa pengguna.
“Ini merupakan salah satu inovasi yang dilakukan LTKN dalam mempelbagaikan lagi hasil keluaran kenaf,” katanya.
Menurutnya, bukan itu sahaja produk itu turut dijual dengan harga yang murah seterusnya mampu memenuhi kehendak pasaran.
“Antara produk kraf tangan yang dihasilkan ialah alas meja, kerusi, beg dan bermacam-macam lagi.
“Pembelian produk berkenaan secara tidak langsung menyokong petani yang mengusahakan tanaman kenaf di negara ini,” katanya.
Musliha berkata, mereka yang ingin mendapatkan produk kraftangan ini boleh mengunjungi kios LKTN di Kubang Kerian dan Galeri Kenaf di Kok Lanas.
“Terdapat pelbagai produk berasaskan kenaf dipamerkan untuk tatapan pengguna,” katanya.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 7 Jun 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan