KUALA KRAI: Mangsa yang kehilangan rumah akibat banjir besar pada Disember tahun lepas lega apabila menerima rumah daripada kumpulan AmBank dan Polis Kelantan menjelang Ramadan, Khamis ini.
Seorang penerima Mohd Yusoff Che Mat, 62, berkata beliau cukup gembira apabila dapat menunaikan ibadah puasa di rumah baharu selepas rumahnya musnah akibat banjir besar itu.
"Memang saya bersyukur dan berterima kasih... memang ini saat yang tepat saya dapat rumah kerana selepas rumah rosak saya tinggal di rumah saudara.
"Kini dah ada rumah sendiri memang satu perkara yang menggembirakan hati saya serta anak-anak, walaupun berbeza dengan rumah dulu tetapi ini rezeki dari Allah SWT," katanya.
Beliau ditemui Bernama pada Majlis Penyerahan Kunci Bagi Program Pemulihan Rumah oleh Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim di Kampung Pasir Era di sini, Selasa.
Bapa kepada 10 anak itu berkata kejadian banjir pada tahun lepas sememangnya amat dahsyat dan masih lagi bermain dalam fikirannya.
"Saya masih ingat kami terpaksa tidur di tepi jalan selepas rumah musnah, ada juga terpaksa berlapar sebab bekalan makanan habis tetapi itu semua pengalaman yang mencabar.
"Walau bagaimanapun saya ingin berterima kasih kepada pihak AmBank kerana sudi membantu kami sekeluarga dan hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik mereka semua," katanya.
Seorang lagi penerima Rosleha Ghazali, 43, turut melahirkan rasa gembira apabila menerima rumah baharu daripada kumpulan AmBank.
"Memang tiada apa saya ingin ucapkan selain ucapan terima kasih kerana sudi membantu membina rumah untuk saya dan anak-anak.
"Saya fikir kami sekeluarga tidak dapat berbuka puasa di rumah sendiri pada tahun ini tetapi Alhamdulilah semua berjalan lancar," katanya.
Sementara itu, Hanida Talib, 48, yang menerima bantuan rumah dari Polis Kelantan melalui projek Tangan Bersalaman, pula berkata beliau bersyukur kerana dapat berpuasa di rumah baharu pada tahun ini.
"Syukur Alhamdulilah dapat berpuasa di rumah baharu dan terima kasih kepada polis Kelantan kerana membantu membina rumah ini," katanya ketika ditemui di Kampung Manek Urai Lama di sini.
Ibu tunggal kepada lapan anak itu memuji tindakan pihak polis Kelantan yang dapat menyiapkan rumah dalam tempoh masa yang cepat.
Sumber: Bernama | 16 Jun 2015

Tiada ulasan:
Catat Ulasan