KUALA KRAI: Perkhidmatan kereta api melibatkan semua stesen di Pantai Timur, terutama di Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir Disember tahun lepas, dijangka pulih sepenuhnya Febuari tahun depan.
Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Sarbini Tijan berkata kini kerja-kerja membaik pulih landasan bukan sahaja berjalan lancar malah mencapai kemajuan lebih cepat daripada yang dijadual.
"Kerja-kerja itu bermula pada 11 Mei lalu, namun dalam masa satu bulan lebih, kebanyakan landasan yang terjejas teruk seperti dari Kemubu ke Manek Urai di sini, sudah boleh dilalui.
"Sekarang ini hanya tinggal laluan sepanjang 1.5 kilometer menghubungkan antara Manek Urai ke Kuala Krai serta jambatan runtuh di Kemubu sedang dibaiki.
"Kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya menjelang Tahun Baharu Cina (tahun depan) dan apabila selesai, perjalanan kereta api ke semua stesen di Kelantan iaitu Gua Musang sehingga ke Tumpat akan pulih sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Stesen Angkat Kereta Api Manek Urai oleh Persatuan Orang Kota Baharu (POKB) dan program gotong-royong membersihkan stesen itu, di sini hari ini.
"Stesen Kereta Api Gua Musang akan dijadikan transit yang mana pihak KTMB akan membantu menyediakan bas atau teksi sebagai pengantaraan untuk ke stesen-stesen atau lokasi seterusnya bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung terutama untuk menyambut Aildilfitri," katanya.
Beliau juga berkata pelbagai infrastruktur lain milik KTMB seperti bangunan stesen-stesen yang terjejas di negeri ini turut dipulihkan secara berperingkat dan dijangka selesai sepenuhnya pertengahan tahun depan.
Sementara itu, Presiden POKB Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata Stesen Kereta Api Manek Urai yang dijadikan stesen angkat POKB akan diperindahkan dan dimajukan sehingga mampu menjadi pusat tumpuan orang ramai, sekali gus menyemarakkan kegiatan sosio-ekonomi penduduk.
Sumber: Bernama | 13 Jun 2015

Tiada ulasan:
Catat Ulasan