Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 19 Jun 2015

MT Orkim Harmony: Tiga pesawat dihantar untuk jejaki perampas

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat P-3C Orion, C130 dan pesawat Beechcraft kini sedang menjejaki perampas yang melarikan diri daripada kapal tangki MT Orkim Harmony, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata TLDM turut menghantar tiga kapal dan dua helikopter untuk menyertai operasi pencarian.

Abdul Aziz yang mengemaskinikan operasi berkenaan melalui akaun Twitter beliau berkata lapan perampas melarikan diri daripada kapal tangki berkenaan pada kira-kira 8.30 malam tadi, menggunakan bot penyelamat.

Tan Sri Abdul Aziz
Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony telah dibebaskan pada kira-kira 2.30 hari ini. Kesemua anak kapal selamat kecuali seorang tukang masak warga Indonesia yang cedera akibat ditembak di paha oleh penjenayah berkenaan.

Kapal tangki berkenaan kini meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Kuantan diiringi oleh KD Handalan dan dijangka tiba pada pukul 2 pagi esok.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Sumber: Bernama | 19 Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan