Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 18 Jun 2015

Kakitangan awam liat bayar PTPTN dipotong gaji


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa membentangkan tindakan susulan Laporan Audit Negara Tahun 2014 siri 1 di angkasapuri disini hari ini
KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 163,007 penjawat awam yang liat membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berdepan tinda­kan pemotongan gaji sebagai jalan penyelesaian kepada isu tersebut.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan surat pemotongan gaji kepada kumpulan terlibat dalam jangka masa terdekat.

“Seramai 32,803 penjawat awam pelbagai gred kecuali Jusa C, Gred 54 dan 28 didapati tidak pernah melakukan sebarang transaksi bayaran.

“Sementara itu, seramai 130,204 penjawat awam pelbagai gred dikesan membuat pembayaran secara tidak konsisten yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 163,007 orang,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Semalam, dalam media tempatan turut melaporkan selain disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS), nama peminjam PTPTN juga dihantar kepada Jabatan Imigresen un­tuk disenaraihitamkan.

Natijahnya, me­reka bukan sahaja tidak boleh keluar negara malah, diha­lang daripada memperbaharui pasport.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, sebelum ini melaporkan berkata, kutipan pinjaman telah meningkat RM5 juta sehari berbanding RM800 kesan daripada pengumuman nama-nama mereka yang liat bayar pinjaman akan diseranaikan di CCRIS.

Ini diberikutan, sumber menyebut, 130,000 penimjam PTPTN degil akan disenarai dalam CCRIS termasuk 33 kakitangan awam me­rangkumi berjawatan kanan kerana tidak pernah langsung membayar pinjaman.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 17 Jun 2015 | Terbitan 18 Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan