Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Mustapa (dua, kanan) dan Ahmad (kiri) ketika kunjungan hormat di pejabat Menteri Besar, Januari lalu. |
KOTA BHARU: Hubungan antara kerajaan Pusat dan Kelantan kini disifatkan yang terbaik sejak Pas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1990.
Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun menegaskan, kerjasama yang terjalin bukan ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan atau campuran, sebaliknya demi memastikan perpaduan Islam dan Melayu terjamin.
“Tidak pernah dalam sejarah kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri seperti sekarang, ia bermula dengan banjir, lepas itu jawatankuasa teknikal hudud.
“Ini satu perubahan paradigma besar yang mungkin ramai tidak sedar,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan agensi media Kelantan, di sini, semalam.
Mustapa mengakui, sebelum ini kedua-dua pihak sentiasa bertelagah dan banjir yang berlaku di negeri ini menjadi titik pertemuan antara dua pihak terbabit.
“Dengan cara ini, banyak perkara yang dapat diselesaikan walaupun ada juga perbezaan tetapi (secara keseluruhan) ia membawa banyak kebaikan. Saya sudah beberapa kali mengadakan mesyuarat di pejabat Menteri Besar, dulu perkara ini tidak ada dan ini satu perkara besar dalam konteks perpaduan Islam dan Melayu.
“Seperti apa yang saya tekankan, hal-hal pokok seperti akidah, agama dan bangsa perlu ada titik pertemuan, begitu juga isu banjir ada kepentingan bersama, yang penting ia telah membuahkan hasil,” katanya.
Kerajaan Kelantan dan Pusat sebelum ini menubuhkan Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir yang dipengerusikan Mustapa dan juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Pada Sidang Dun Kelantan, minggu lalu, Mustapa yang juga Adun Ayer Lanas dilihat mahu mengurangkan konfrontasi apabila menegur seorang Adun BN supaya tidak ‘menyerang’ kerajaan negeri dalam isu banjir, sebaliknya perkara itu akan dibawa bincang bersama Ahmad.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, lebih 500 rumah transit pasca banjir yang dibina akan dinaikkan taraf kepada rumah kekal, sekaligus memberi keselesaan kepada penghuni.
Rumah tersebut dilengkapi satu hingga dua bilik tidur dan satu bilik air, dibina oleh pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mengulas isu rumah untuk mangsa banjir yang menjadi polemik, Mustapa berharap pembinaan rumah kekal selewat-lewatnya disiapkan hujung tahun ini.
“Proses pembelian tanah di empat lokasi di Kuala Krai juga berjalan lancar. Pihak Pejabat Tanah dan Galian juga membantu memudahkan urusan penukaran hak milik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Nasional | 22 Jun 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan