Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 3 Jun 2015

Kerajaan Kelantan akui serah Lebuh Raya Rakyat

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan mengakui sedang dalam proses perundingan untuk 'menyerahkan' projek Lebuh Raya Rakyat dari Machang ke Kuala Krai sejauh 30.5 kilometer (km) kepada Kerajaan Pusat. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti, dan Teknologi Maklumkat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, secara dasarnya pihaknya bersetuju untuk menyerahkan projek tersebut kepada Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan. 

"Keputusan ini merupakan persetujuan bersama dalam satu mesyuarat di antara Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dengan Kementerian Kerja Raya baru-baru ini tetapi masih belum dimuktamadkan. 

"Pada dasarnya kita bersetuju Kerajaan Pusat melaksanakan pembinaan sejauh 20.5 km lebuh raya tersebut, manakala 10 km lagi kerajaan negeri akan buat sendiri kerana kerja-kerja pembinaan sudah pun berjalan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Akhbar ini melaporkan Kerajaan Pas Kelantan dijangka menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab untuk membina Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai kepada Kerajaan Pusat kerana berdepan pelbagai masalah termasuk kekurangan dana. 

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 2 Jun 2015 | Terbitan 3 Jun 2015 | Muka 3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan