KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pembelajaran tingkatan enam secara berpusat akan dapat membentuk imej dan minda pelajar yang mempunyai identiti tersendiri, berkeyakinan tinggi serta berkebolehan, sebagai persediaan awal sebelum mereka melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, justeru inisiatif kementerian mewujudkan Pusat Tingkatan Enam (PTE) yang menempatkan murid tingkatan enam secara berpusat adalah amat wajar dan bertepatan dengan usaha menjenamakan semula sistem pendidikan tingkatan enam.
"Di PTE, murid tingkatan enam akan dikumpulkan dan ditempatkan secara berpusat, menggunakan pakaian berbeza dengan sekolah harian biasa, menggunakan sistem jadual waktu berbeza, tenaga pengajar khusus dan diletakkan dalam kategori berlainan berbanding dengan sekolah arus perdana," katanya pada majlis pelancaran Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia di sini Rabu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, PTE ialah pusat pendidikan yang menggabungkan kelas-kelas tingkatan enam dari sekolah arus perdana dan pada masa ini terdapat tiga kategori iaitu Mod 1, yang sehingga kini terdapat enam PTE telah beroperasi di premis berasingan daripada sekolah arus perdana.
Katanya bagi PTE Mod 1 ia hanya menempatkan murid tingkatan enam dengan guru-guru khusus untuk tingkatan enam, manakala bagi PTE Mod 2 terdapat 47 pusat telah beroperasi dengan berkongsi premis sekolah arus perdana, tetapi murid ditempatkan di blok berasingan.
"PTE Mod 3 pula merupakan PTE di luar bandar berkongsi premis dengan sekolah arus perdana, namun Mod 3 akan beransur-ansur berkurangan dan akhirnya hanya PTE Mod 1 sahaja yang akan beroperasi di seluruh negara," kata Muhyiddin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, selain itu penyediaan infrastruktur pendidikan yang lengkap merupakan perkara asas yang perlu disediakan bagi memastikan setiap murid tingkatan enam berpeluang belajar dalam keadaan selesa dan kondusif.
"Persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, menarik dan berkesan akan dapat membantu murid untuk menyiapkan diri bagi memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya.
Beliau berkata kementerian juga telah merancang pembangunan infrastruktur dengan teliti, terutama bagi peralatan teknologi maklumat (ICT) dan capaian internet di Pusat Tingkatan Enam.
"Kaedah pembelajaran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tingkatan enam adalah selari dengan kaedah pembelajaran di universiti yang berteraskan pendidikan alaf ke-21, justeru murid lebih berpeluang untuk meneroka ilmu dan pelbagai maklumat dengan pantas dan luas hanya di hujung jari," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata murid tingkatan enam juga perlu mendapat peluang yang sama dengan pelajar-pelajar program persediaan prauniversiti bagi mengembangkan bakat serta kreativiti mereka agar menjadi generasi muda berimpak tinggi.
Beliau berkata, peluang berkenaan akan menjadikan murid tingkatan enam lebih bersifat glokal dan universal yang akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara.
"Kita sedia maklum bahawa peperiksaan STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment, United Kingdom dan ini bermakna STPM diiktiraf oleh badan antarabangsa dan murid tingkatan enam adalah setaraf dengan lulusan pendidikan prauniversiti yang lain," katanya.
Katanya, kementerian sangat berharap agar murid yang tamat pengajian di tingkatan enam boleh meneruskan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di dalam dan luar negara.
"Selain itu murid lepasan STPM dan STAM juga diharap mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan yang sangat mencabar jika memilih untuk terus bekerja," kata Muhyiddin.
Sumber: Bernama | 17 Jun 2015

Tiada ulasan:
Catat Ulasan