Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 5 Jun 2015

Proulama kuasai Naib Presiden PAS

Nik Amar, Iskandar dan Idris kini menduduki kerusi Naib Presiden PAS 2015-2017.
KUALA SELANGOR: Mengukuhkan penguasaan kumpulan pro-ulama, tiga kerusi Naib Presiden PAS turut menyaksikan calon profesional dalam parti itu 'disingkirkan' pada pemilihan kali ini.

Mendahului senarai pilihan untuk jawatan itu ialah Idris Ahmad yang memperoleh 896 undi, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (710) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672).

Idris dan Iskandar adalah pemimpin baharu yang mengetepikan dua penyandang jawatan iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa.

Salahuddin memperoleh 435 undi, manakala Husam mendapat 317 undi.

Sementara itu, seorang lagi calon yang tewas ialah Datuk Mahfuz Omar apabila memperoleh 378 undi.
 
Sumber: mStar Online | 4 Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan