KOTA BHARU: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas bunga api dan mercun seludup yang bernilai lebih RM351,000 di Tanah Merah dan Pasir Putih.
Komander UPP Kelantan, Rusli Karim berkata sebahagian bahan larangan itu dirampas dari sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Asahan Hilir, Batu Gajah, Tanah Merah kira-kira pukul 11 malam tadi.
Beliau berkata lori itu memuatkan 150 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM130,000 termasuk cukai.
Pada 5 Jun lepas pula, pihaknya merampas 150 kotak pelbagi jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM126,324 termasuk cukai, juga dari sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh, katanya.
Tiada tangkapan dibuat dalam kedua-dua kes itu.
Rusli berkata mercun dan bunga api itu dipercayai diseludup dua sindiket berbeza bagi dijual sempena hari raya ini.
Sumber: Bernama | 20 Jun 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan