Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 5 Jun 2015

AJK PAS Pusat: Status YB bukan tiket untuk menang

Dari kiri: Khalid Samad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Mohd Hatta Ramli.
KUALA SELANGOR: Keputusan pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat membuktikan kedudukan wakil rakyat termasuk di peringkat Parlimen bukan tiket untuk mempengaruhi undi perwakilan.

Antara Ahli Parlimen yang tewas bagi jawatan AJK PAS Pusat ialah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Dr Siti Mariah Mahmud, Hanipa Maidin dan Dr Hatta Md Ramli.

Situasi ini sekali gus menyaksikan 'cai' atau senarai pilihan kem proulama menang besar bagi mengetepikan pengaruh kumpulan profesional dalam parti Islam itu.

Berdasarkan 'cai' Dewan Ulama PAS Pusat, hanya Ketua Dewan Muslimat PAS yang baharu, Nuridah Salleh tercicir daripada senarai pemenang.

Sebaliknya, Mazlan Aliman yang berada dalam senarai kumpulan profesional berjaya menempatkan diri dalam AJK PAS Pusat bagi sesi 2015 - 2017.

Berikut adalah senarai 18 AJK Pusat bagi penggal 2015 - 2017:-
 
 1. Nasrudin Hasan Tantawi (782)

2. Dr. Riduan Mohamad Nor (782)

3. Datuk Mohd Nasruddin Daud (777)

4. Salehin Mukhyi (763)

5. Datuk Dr. Nik Zawawi Salleh (749)

6. Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali (736)

7. Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hasan (722)

8. Datuk Abdullah Hussin (679)

9. Razman Zakaria (674)

10. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki (670)

11. Mokhtar Senik (656)

12. Zaharudin Muhammad (611)

13. Dr. Ali Akbar Gulasan (596)

14. Mazlan Aliman (593)

15. Dr. Rosni Adam (590)

16. Mohd Noor Mohamad (566)

17. Muhamad Sanusi Md Nor (556)

18. Nor Azli Musa (544)
 
Sumber: mStar Online | 5 Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan