Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 11 April 2017

Anak syarikat AZRB raih kontrak baharu

KUALA LUMPUR: Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB), syarikat pembinaan dan kejuruteraan awam, menerusi anak syarikatnya, TB Supply Base Sdn Bhd (TBSB), memuktamadkan kontrak perkhidmatan dua tahun dengan Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd (Carigali Hess) untuk Pangkalan Bekalan Tok Bali, Kelantan. 

Kontrak perkhidmatan itu merangkumi peruntukan aktiviti krew bot dan perkhidmatan sokongan di pangkalan berkenaan sehingga Februari 2019. 

Pengarah Urusan Kumpulan AZRB, Datuk Seri Wan Zakariah Wan Muda, berkata kontrak dengan Carigali Hess diperoleh selepas syarikat mengambilalih pegangan kawalan di pangkalan bekalan itu.

"Kami menjangkakan ia akan memberi sumbangan penting kepada prestasi kewangan syarikat dan meraih lebih banyak kontrak perkongsian pengeluaran (PSC). 

"Selain itu, kami melaksanakan rancangan untuk meningkatkan kemudahan di Pangkalan Bekalan Tok Bali menerusi perbelanjaan modal (capex) RM26.8 juta," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Wan Zakariah berkata, capex berkenaan merangkumi penambahbaikan infrastruktur pangkalan bekalan seperti jentera, gudang dan tanah bagi limbungan kapal yang lebih baik kepada pengendali PSC sedia ada dan berpotensi

Pada 16 Januari lalu, AZRB memuktamadkan pengambilalihan 51 peratus dalam Matrix Reservoir Sdn Bhd (MRSB). MRSB adalah syarikat pegangan TBSB, pengendali Pangkalan Bekalan Tok Bali.

Selain Carigali Hess sebagai pelanggan baharu, HESS Exploration & Production Malaysia B.V. (HESS) juga menjadi penyewa di Pangkalan Bekalan Tok Bali sejak September 2015. 

Ia membabitkan kawasan lapang berkeluasan 5,000 meter persegi (m2) termasuk gudang seluas 1,675m2 dan ruang pejabat.

Sumber: Berita Harian Online | Bisnes | 11 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan