Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 4 April 2017

Giant rancakkan ekonomi Kelantan

Pierre Olivier Deplanck (dua dari kanan) menyampaikan bantuan di bawah Yayasan MyKasih kepada penerima, Alias Ab. Latif dalam majlis pembukaan Giant Tunjung di Kota Bharu, Kelantan,
KOTA BHARU: Pasar Raya Besar Giant Tunjong yang dibuka secara rasmi telah menyediakan 700 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. (GCH Retail), Pierre Olivier Deplanck berkata, setakat ini lebih 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri ini dipilih menjadi pembekal kepada Giant Tunjong.

Jalinan kerjasama tersebut, kata beliau, secara tidak langsung menawarkan ribuan lagi rang­kaian peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Kami teruja untuk menawarkan perkhidmatan Giant kepada masyarakat setempat. Kami juga komited dan menyokong sepenuhnya perusahaan tempatan bagi meran­cakkan ekonomi Kelantan.

“Setakat ini, Giant bekerjasama dengan banyak usahawan tempatan namun masih banyak ruang untuk usahawan tempatan lain yang berminat bekerjasama de­ngan Giant,” katanya dalam majlis pembukaan Giant Tunjung, di sini semalam.

Yang turut hadir Pengurus Besar Operasi Giant, Neil Gurusamy; Pengurus Kawasan Pantai Timur, Sari Siron dan Pengurus Besar Giant Tunjung, Suhaimi Ibrahim.

Dalam majlis itu, Deplanck turut menyerahkan cek ber­ni­lai RM50,000 kepada Yaya­san MyKasih untuk diagihkan kepada 50 keluarga miskin di sekitar Kota Bharu bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan secara bulan­an di Giant Tunjung selama setahun.

Sempena pembukaannya, dua selebriti tempatan iaitu penya­nyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza serta bintang Gegar Vaganza, Zarul Umbrella turut meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan pengunjung Giant Tunjong.

Selain itu, pihak Giant turut menganjurkan peraduan bermula hari ini hingga 30 April yang mana dengan hanya pembelian minimum RM50, pelanggan berpeluang memenangi hadiah baucar membeli-belah bernilai RM1,000.

Berkeluasan 18,116 meter persegi, Giant Tunjung mempunyai 127 lot kedai dan dilengkapi 350 petak letak kereta selain menawarkan le­bih 800 produk di bawah label Giant yang 100 peratus halal.

Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 31 Mac 2017 | Terbitan 1 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan