Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 4 April 2017

PPD dan sekolah perlu terapkan elemen kreatif untuk tingkatkan budaya membaca

MACHANG: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah di negeri ini perlu menerapkan elemen kreatif bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar.

Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Jaafar Ismail berkata elemen lain termasuk nilai tradisi, penglibatan komuniti dan penggunaan teknologi terkini supaya ia dapat meningkatkan disiplin pelajar ke arah suka membaca.

"Ianya akan memberikan kesan kepada pelajar, bukan sahaja minat membaca itu dalam bilik darjah malah di luar bilik darjah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kem Membaca (KM1M) 2017 Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Hamzah 2 di sini, hari ini.

Jaafar berkata pihaknya sedang berusaha bagi menghapuskan budaya 'saat akhir' yang diamalkan oleh pelajar untuk membaca buku untuk menghadapi peperiksaan.

"Kami tidak mahu apabila hampir peperiksaan, pelajar mula sibuk membaca buku dan selepas tamat peperiksaan, pelajar tidak lagi membaca buku," katanya.

Beliau turut meminta agensi kerajaan dan swasta membantu menggalakkan minat membaca dalam kalangan pelajar.

Sehubungan itu, beliau berharap minat membaca yang dipupuk sejak di sekolah itu akan menjadi budaya mereka sepanjang hayat.

Sumber: Bernama | 4 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan