Dataran sepanjang 60 meter dan selebar 15 meter dibina untuk kemudahan pengunjung Jeram Perkasam. |
TANAH MERAH: Jeram Perkasam di Kampung Ulu Bertam yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pekan Gual Ipoh, dekat sini, berpotensi besar untuk dimajukan sebagai ikon baharu pelancongan di daerah ini.
Di samping air jeram yang jernih dan mengalir deras, suasana persekitaran menghijau alam semula jadi menjadikan Jeram Perkasam sesuai dibangunkan sebagai tempat rekreasi dan pusat pelancongan.
Bagi menghidupkan kembali industri pelancongan di daerah ini, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Adun Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha mengambil inisiatif membangunkan jeram itu.
Mohd Bakri berkata, hasil permohonan dibuat beliau dan Ikmal Hisham, Jabatan Landskap Negara serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi projek pembangunan jeram itu, bermula Disember tahun lalu.
"Peruntukan itu digunakan untuk membina dataran sepanjang 60 meter dan 15 meter lebar, surau, tandas dan tempat letak kereta untuk pengunjung yang kini sudah 70 peratus siap.
"Projek ini sepatutnya siap Februari lalu tetapi disebabkan cuaca dan gangguan bencana alam, tarikh siap dilanjutkan kepada 15 April," katanya selepas meninjau perkembangan projek pembangunan Jeram Perkasam, dekat sini, semalam.
Projek di bawah tajuk Cadangan Pembangunan Persekitaran Kehidupan di Jeram Perkasam, Kesedar Peralla, Tanah Merah itu dilaksanakan melalui Kesedar selaku pemilik kontrak.

Pengunjung bertambah lebih 100 peratus
Menurut beliau, atas faktor keselamatan terutama jika berlaku kejadian kepala air, projek itu dijangka memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 bagi membina sangkar batu di tebing bukit dan bahagian menghadap jeram.
Menurut beliau, walaupun belum siap sepenuhnya, pengunjung jeram itu bertambah lebih 100 peratus berbanding sebelum ini, termasuk dari Kota Bharu dan Pasir Mas selepas pembangunannya tersebar di laman sosial.
"Ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan orang luar kepada Kampung Ulu Bertam yang merupakan kampung paling jauh di Dun Gual Ipoh dan bersempadan dengan Kampung Ayer Chanal, Jeli," katanya.
Mohd Bakri memberitahu, projek itu hanya permulaan kerana Jabatan Landskap Negara dijangka meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta bagi membangunkan jeram berkenaan.
"Dengan peruntukan besar ini, kita bercadang membangunkan balik jeram ini dengan membina air terjun dan dua kolam tiruan, manakala di atas bukit mungkin dibangunkan dengan chalet.
"Kita harap dengan semua pembangunan ini, Jeram Perkasam dapat disenaraikan sebagai taman air bertaraf tiga bintang yang bukan sahaja untuk dikunjungi pelancong tempatan, malah pelancong luar negara," jelasnya.
Tambah beliau, apabila siap nanti, projek tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan untuk pengurusan dan penyelenggaraan.
"Seorang pemilik tanah persendirian bersebelahan kawasan Jeram Perkasam juga bersetuju untuk mewakafkan tanahnya seluas 1.2 hektar untuk pembangunan jeram ini.
"Harapan kita untuk masa depan, jeram ini juga akan menjadi lokasi pilihan untuk kem pelajar, pusat riadah keluarga dan aktiviti sosial lain yang bermanfaat," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 6 April 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan