Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 17 April 2017

Perkhidmatan penerbangan terus K.Terengganu - Johor Bahru bermula sebelum Ramadan tahun ini

KUALA TERENGGANU: Perkhidmatan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru akan dimulakan selewat-lewatnya sebelum Ramadan ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini di peringkat akhir perbincangan dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang akan mengendalikan penerbangan berkenaan yang dijadualkan sebanyak tiga kali seminggu.

"Penerbangan ini bukan sahaja memudahkan pelancong dan rakyat negeri ini pergi dan balik dari Terengganu dan Johor, tetapi kita juga fokus untuk pelancong bukan Islam datang ke Terengganu pada bulan puasa nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Perarakan Darat Mazu di Kampung Cina, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri akan menubuhkan Majlis Budaya Negeri yang akan mengelolakan setiap persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini di bawah satu bumbung.

Katanya, majlis itu akan dipengerusikan oleh Pengarah Pelancongan Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Rahman yang akan bertanggungjawab mengadakan persembahan kebudayaan sekali seminggu untuk tontonan orang ramai.

"Persembahan kebudayaan ini bukan sahaja penting untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini tetapi juga untuk pengetahuan generasi masa kini akan jenis-jenis kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini termasuk persembahan kebudayaan Orang Asli," katanya.

Katanya, setiap seminggu sekali persembahan tradisi itu akan diadakan di lokasi tumpuan orang ramai seperti Pantai Batu Buruk dan Dataran Shahbandar.

Sumber
: Bernama | 15 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan