Rosmadi
Ismail (dua kiri) melakukan gimik perasmian pelancaran KIHM 2017 di ruang legar
KB mall di Kota Bharu hari ini.
|
KOTA BHARU: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan turut memeriahkan Separa Maraton Antarabangsa Kelantan (KIHM) 2017 apabila bakal menyertai kategori 21 kilometer (km) iaitu larian paling jauh pada acara julung kali diadakan itu.
Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola KIHM 2017, Rosmadi Ismail berkata, KIHM 2017 lahir daripada cetusan idea Khairy sendiri bagi memupuk budaya kesukanan dan mengeratkan silatulrahim.
Beliau berkata, penganjurannya pada 22 April ini di Kota Bharu adalah bertepatan aspirasi negara dalam menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk mentransformasikan negara agar maju dalam bidang sukan.
“KIHM 2017 adalah acara bersejarah kerana bakal memperkenalkan Kelantan ke peringkat nasional dan antarabangsa.
“Setakat ini kita telah berjaya menarik lebih 8,000 penyertaan termasuk pelari profesional dari Jepun, China, Kenya, Ethiopia, Singapura, Thailand dan United Kingdom (UK).
“Saya berharap ia mampu menjadi platform untuk menggalakkan orang ramai bersukan sekali gus mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya semasa majlis pelancaran KIHM 2017 di ruang legar KB Mall di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi MSN Kelantan, Mohamad Azam Ismail; Pengarah MSN Kelantan, Noordin Awang dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohd Salleh Ramli.
Larian KIHM 2017 yang akan bermula dan berakhir di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini melibatkan empat kategori iaitu 21 km, 10 km, 5 km dan 3 km.
Hadiah-hadiah keseluruhan bernilai lebih RM80,000 disediakan untuk para pemenang.

Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 12 April 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan