Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 5 April 2017

Semua pihak tidak perlu khuatir RUU 355 - KM Melaka

BANDAR RAYA MELAKA: Seminar 'Transformasi Pemikiran Islam' merupakan medium terbaik menjelaskan kedudukan Islam yang sebenar dalam kalangan generasi muda, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau yang berucap merasmikan penutupan seminar itu anjuran Universiti Teknologi Mara Kampus Bandaraya di sini hari ini berkata penjelasan di peringkat institusi pengajian tinggi perlu supaya mereka tidak mudah dipengaruhi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Idris turut menyentuh isu pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Katanya, semua pihak terutama masyarakat bukan Islam tidak perlu khuatir dengan pindaan itu kerana ia hanya bertujuan menambahbaik undang-undang berkenaan.

Beliau berkata, penambahbaikan berkenaan tidak akan mengganggu-gugat aturan undang-undang yang selama ini dilaksanakan di Malaysia iaitu 'common law' dan undang-undang syariah.

Sumber: Bernama | 4 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan