Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 16 April 2017

Projek Jalan Keruak - Kuala Berang - Gua Musang akan tetap diteruskan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika tiba ke Majlis Perasmikan Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Suangai Besut di Kuala Besut di sini hari ini.
BESUT: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa laluan alternatif yang bakal menghubungkan bahagian utara negeri ini dengan pantai barat akan tetap dilaksanakan.

Menurut Perdana Menteri, Jalan Keruak-Kuala Berang-Gua Musang yang bermula dari Hulu Besut, melibatkan banyak kawasan hutan dan Jabatan Kerja Raya masih membuat perincian mengenainya.

Sehubungan itu juga beliau berharap kerajaan negeri kelak dapat membantu mempercepatkan proses itu.

"Bila siap akan dilaksanakan, jangan bimbang, saya cakap ini di depan ribuan orang Besut, Saya tidak boleh lari (daripada janji), "katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, di Kuala Besut di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400 juta bagi meneruskan projek tersebut.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad ketika berucap dalam majlis itu memohon kepastian Perdana Menteri berhubung masa depan projek berkenaan.

Nawi yang juga Ketua UMNO bahagian berkata, penjelasan Perdana Menteri dapat melenyapkan tanda tanya rakyat terutama di kawasan yang diwakili (Hulu Besut).

Sumber: Utusan Online | 16 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan