Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 4 April 2017

Cubaan nelayan Vietnam seludup 350kg gamat gagal

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot bersama 10 nelayan Vietnam yang cuba menyeludup 350 kilogram gamat, di perairan negara ini semalam.

Timbalan Pengarah APMM Kelantan Komander Maritim Ismail Hamzah berkata nelayan terbabit yang berumur antara 28 dan 66 tahun bersama bot berkenaan ditahan di 53 batu nautika dari Pantai Tok Bali di sini, pada 2.20 petang.

"Turut dirampas ialah sejumlah 650 liter minyak diesel serta peralatan menangkap gamat," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Katanya nelayan terbabit bersama bot serta hasil rampasan dibawa ke pejabat APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali untuk siasatan lanjut.

Sumber: Bernama | 4 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan