Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 16 April 2017

GrabCar kini beroperasi di bandar raya Kota Bharu

PERKHIDMATAN perkongsian kenderaan Grab Car (GrabCar) kini telah diperluaskan ke empat buah bandar raya lagi, iaitu Kota Bharu, Langkawi, Kuala Terengganu, dan Miri. 

Perkhidmatan GrabCar di bandar raya Kota Bharu telah bermula pada 12 April 2017 dan ia kini menjadi pengangkutan alternatif yang cekap dan pantas untuk warga bandar raya Islam ini.

Kadar tambang Grab di empat bandar raya baharu ini sama seperti yang lain, kadar asas RM1.00 dan setiap kilometer antara RM1.10 – RM1.50 bergantung kepada trafik dan permintaan. Dengan perkhidmatan Grab, kadar tambang akhir boleh diketahui sebelum menaiki kenderaan.

Selain empat bandar raya yang baru diumumkan ini, Grab telah menyediakan perkhidmatannya di Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu.

Bagi mereka yang ingin pendapatan sampingan, bolehlah memohon sebagai pemandu Grab secara sepenuh masa dan sambilan melalui http://my.grabcar.com/signup

Perkhidmatan Grab boleh dibayar secara tunai, ataupun menggunakan kad debit atau kredit. Aplikasi Grab boleh digunakan di peranti Android dan iOS. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.grab.com/my.

Sumber: Gerbang Kota Bharu | www.gerbangkotabharu.blogspot.com | 16 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan