Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 13 April 2017

Enam kesan tikaman ditemui pada mayat warga emas

KOTA BHARU: Siasatan polis mendapati terdapat enam kesan tikaman pada bahagian belakang badan seorang warga emas yang mati dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Mengkebang, Kuala Krai semalam.

Rokiah Mamat, 61, ditemui di bahagian dapur rumahnya selepas dipercayai ditikam oleh penjenayah dalam kejadian bermotifkan samun kira-kira 3.30 petang di Kampung Mengkebang.

Susulan kejadian itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk mengambil dan mengenal pasti bukti fizikal di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata polis menahan empat lelaki berusia di antara 30 dan 40 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

"Kesemua lelaki terbabit ditahan mulai 10 malam hingga 4 pagi tadi di lokasi berasingan di Kuala Krai," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Baharom Abu kepada penggantinya, ACP Ismail Mat Sidik di sini, hari ini.

Din berkata polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh lebih daripada seorang individu dan penjenayah memasuki rumah melalui pintu dapur rumah mangsa.

"Polis percaya penjenayah cuba melakukan samun namun, wanita itu mungkin melawan menyebabkan dia dibunuh.

"Setakat ini, siasatan mendapati mangsa kerugian RM200 sahaja kerana penjenayah mungkin tidak menjumpai barang kemas di dalam rumahnya.

"Apa yang kita ketahui, mangsa tinggal bersama anak dan menantunya yang juga guru. Ketika kejadian, hanya mangsa yang berada dalam rumah itu," katanya.

Sumber: Bernama | 13 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan