Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 16 April 2017

Tidak dapat royalti bukan alasan Kelantan ketinggalan - Perkasa

Ibrahim Ali
TUMPAT: Kerajaan Pas Kelantan digesa berhenti menjadikan isu tidak mendapat wang royalti petroleum sebagai alasan kenapa mereka gagal membangunkan negeri ini sebagaimana negeri-negeri lain.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai pemerintah, Pas sepatutnya perlu kreatif mencari jalan membangunkan negeri, bukannya berharap kepada wang royalti semata-mata.

“Bagi saya duit royalti bukan soalnya. Hakikat sebenar, mereka perlu kreatif dan sentiasa berfikir bagaimana cara membangunkan negeri ini dengan sumber yang ada.

“Apa yang kita lihat hari ini, pemimpin Pas Kelantan lebih banyak bercakap namun dalam masa sama, mereka tidak buat apa-apa pembangunan yang benar-benar bermanfaat kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perkasa di kediamannya di Taman Mimi, Wakaf Bharu, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online | 14 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan