Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 18 April 2017

Tindakan pelajar pulang untuk minum selamatkan pondok

PASIR PUTEH: Tindakan seorang pelajar yang meminta izin guru untuk pulang ke pondoknya ketika mengikuti kuliah di masjid di perkarangan Pondok Seri Permai, Permatang Sungkai di sini, malam tadi berjaya menyelamatkan 23 pondok daripada terbakar walaupun tujuh lagi hangus dijilat api.

Mudir pondok, Irfan Abdul Hamid, 47, berkata ketika kejadian pada pukul 9.30 malam itu, pengurusan pondok sedang menjalankan kuliah di masjid berkenaan sementara menunggu solat isyak berjemaah bersama kira-kira 150 pelajar.

“Bagaimanapun, seorang pelajar meminta izin pulang ke pondoknya kerana dahaga. Tidak lama kemudian pelajar berkenaan kembali dalam keadaan tergesa-gesa dan memaklumkan mengenai kebakaran itu.

"Saya kemudian mengarahkan semua pelajar bergotong-royong memadam api dan pada masa sama, turut menelefon Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh,” katanya ketika ditemui pemberita di pondok berkenaan, di sini Selasa.

Sebanyak tujuh daripada 30 pondok di situ musnah dalam kebakaran itu dan kerugian dianggarkan sebanyak RM61,000.

Irfan berkata berikutan kejadian itu, sebilangan pelajar yang pondok kediaman mereka musnah, ditempatkan di beberapa kelas pengajian buat sementara waktu.

Beliau turut merayu sumbangan bagi membolehkan pihaknya membina semula pondok yang musnah itu dalam tempoh terdekat.

Sumber: Bernama | 18 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan