PUTRAJAYA: Pelaburan swasta berjumlah RM101.4 bilion berjaya diterima Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sehingga kini iaitu 92 peratus daripada jumlah pelaburan RM110 bilion yang disasarkan menjelang tahun 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, pertumbuhan pesat yang dicapai oleh ECER sejak pelancarannya pada tahun 2007 juga berjaya menyaksikan lebih 140,000 peluang pekerjaan dihasilkan dan 24,000 usahawan berjaya dilahirkan.
Beliau memberitahu, program Empower ECER dan Entrepreneur ECER yang digerakkan pihaknya juga memberi manfaat kepada lebih 310,000 isi rumah daripada kalangan B40 (isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah) dan Orang Asli dalam pembangunan modal insan dan pembasmian kemiskinan.
“Rakyat di ECER telah mendapat manfaat daripada transformasi sosioekonomi di wilayah tersebut, susulan usaha-usaha berterusan kerajaan untuk memacu pelaksanaan projek-projek dan program berimpak tinggi bertunjangkan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat ECERDC kali pertama tahun ini yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Perdana Menteri hari ini turut menyempurnakan Majlis Anugerah Usahawan Gemilang Entrepreneur ECER 2017 dengan menyampaikan anugerah usahawan kepada 19 usahawan dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan Mersing, Johor.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Menurut Jebasingam, pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan peluasan Pelabuhan Kuantan dijangka dapat merancakkan lagi kegiatan ekonomi di ECER seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan lagi tarikan pelaburan.
“Peningkatan dari segi kemudahan pergerakan barangan dan orang ramai membuka lebih banyak prospek pertumbuhan dan akan membawa transformasi sosioekonomi lebih ketara yang turut meliputi pekan-pekan kecil di wilayah ekonomi ini,” katanya.
Dalam pada itu, menurut penerima Anugerah Usahawan Gemilang Entrepreneur ECER, Roslaimi Arifin, bantuan dan sokongan daripada pihak ECER telah banyak membantu perniagaannya sehingga membolehkan produk kopi-kopi miliknya terutama Kopi Musang King menembusi pasaran China.
“Kerjasama syarikat saya dengan ECER sejak tahun 2011 lagi yang mana saya mendapat geran sebanyak RM30,000, buat masa ini jualan kami sebanyak 60 peratus untuk pasaran Malaysia manakala baki 40 peratus lagi untuk pasaran China,” katanya yang mengusahakan Mitra Food Industries Sdn. Bhd. dengan mengeluarkan lebih 20 jenis produk kopi dan minuman kesihatan.
Sementara itu, penerima Anugerah Khas Usahawan Entrepreneur ECER, Latif Sohor berkata, keadaan dirinya yang ketiadaan sebelah kaki akibat kemalangan tidak menjadi penghalang kepada pihak ECER untuk menawarkan bantuan bagi mengembangkan perniagaan bahulu yang diusahakan beliau serta isterinya, Noraini Awaludin.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 11 April 2017 | Terbitan 12 April 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan