GUA MUSANG: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.1 juta bagi membaik pulih 100 rumah peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Lebir di sini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata kerja membaik pulih itu melibatkan kos kira-kira RM11,000 bagi setiap sebuah rumah.
"Kerja membaik pulih rumah peneroka yang uzur selepas dilanda banjir besar Disember 2014 itu akan dimulakan Jun ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peralatan sukan kepada belia RKT Kesedar Lebir di sini, hari ini.
Nozula yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata bantuan membaik pulih rumah peneroka itu menunjukkan kerajaan Pusat sentiasa prihatin dengan nasib rakyat.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan peneroka agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mahu melihat mereka membenci kerajaan.
"Kita perlu ketahui ada gerakan pihak tertentu yang tidak sehaluan dengan pemerintahan kerajaan sekarang cuba menjatuhkan kepimpinan perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).
"Kita jangan mudah percaya dengan hasutan itu dan percayalah kerajaan Barisan Nasional sekarang masih mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat," katanya.
Sumber: Bernama | 12 April 2017

Tiada ulasan:
Catat Ulasan