Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 13 April 2017

H5N1: Tiada jangkitan baharu dikesan di Kelantan - JPV

Operasi pelupusan unggas (gambar fail)
KUALA LUMPUR: Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak 14 hari lalu, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

JPV dalam satu kenyataan hari ini berkata sehingga kini, 36 lokasi disahkan positif wabak itu melibatkan enam jajahan iaitu Kota Bharu di 15 lokasi, Pasir Mas (enam), Tumpat (lima), Bachok (enam), Pasir Puteh (tiga), dan Tanah Merah (satu).

"Operasi pelupusan telah selesai dijalankan di 36 lokasi berkenaan. Secara keseluruhan, sebanyak 56,953 ternakan unggas dan 17,531 biji telur dimusnahkan serta 3,792 sampel diambil daripada 647 pemilik ternakan unggas," kata kenyataan itu.

Melalui operasi sekatan jalan raya pula, sebanyak 6,426 kenderaan telah diperiksa dengan 35 kes rampasan dibuat melibatkan 174 ekor unggas.

Setakat ini tiada jangkitan H5N1 dikesan dalam kalangan manusia, kata JPV.

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri pada 15 Mac lepas selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu, pada 6 Mac.

Menurut JPV, negeri lain kekal bebas wabak itu, namun berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

Sumber: Bernama | 12 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan