Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 17 April 2017

Polis Kelantan rampas heroin bernilai lebih RM80,000 di Kuala Krai

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas dadah jenis heroin bernilai lebih RM80,000 dalam dua serbuan berasingan di Melor, di sini Sabtu lepas dan Kampung Chenulang, Kuala Krai semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata polis menahan sepasang suami isteri berusia 38 dan 32 tahun di dalam sebuah kereta berdekatan Pasar Melor dan merampas 160 gram heroin pada 10.10 malam Sabtu lepas.

Dalam serbuan kedua, Din berkata polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dan merampas dua botol lutsinar dipercayai berisi heroin di kawasan semak di Kampung Chenulang pada 12.50 tengah hari semalam.

Mengulas mengenai kes samun dan bunuh di Kampung Mengkebang, Kuala Krai Rabu lepas, bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini, Din berkata seorang daripada empat suspek yang ditangkap Sabtu lepas telah mengaku melakukan jenayah tersebut.

"Suspek mengaku membuang pisau yang digunakan ke dalam sungai dan kita percaya suspek yang juga bekas anggota pasukan keselamatan cuba melakukan samun tetapi bertukar kepada pembunuhan selepas mangsa melawan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. 

Sumber: Bernama | 17 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan