KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak pihak
berkuasa menjalankan siasatan berhubung sindiket kad pengenalan palsu
membabitkan warga asing di negara ini dan kaitannya dengan Projek IC di
Sabah.
Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (gambar) berkata, penangkapan lebih sepuluh pengawal keselamatan yang disahkan memiliki kad pengenalan palsu adalah serius dan memberi kesan besar kepada keselamatan negara.
Beliau menambah, oleh kerana mereka yang ditahan datang daripada Sabah dan dipercayai rakyat asal Filipina, besar kemungkinan pesalah tersebut mempunyai kaitan dengan Projek IC Sabah.
"Kami mengucapkan tahniah (kepada pihak polis dan imigresen) kerana berjaya membongkar ‘kerakyatan palsu’ dalam negara kita. Sudah tentu rakyat tertanya, adakah mereka yang memiliki kad pengenalan palsu ini mendaftar juga sebagai pemilih bagi melayakkan mereka mengundi pada setiap kali pilihan raya?
"Beberapa tangkapan yang dibuat baru-baru ini mendapati kebanyakan mereka memiliki kad pengenalan palsu yang diperolehi di Sabah. Adakah ini ada kaitan dengan 'Projek I/C' yang pernah didedahkan (oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja)?" soal beliau.
Raja Ahmad juga menggesa kerajaan memandang serius isu berhubung warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu dan tidak memberikan pelbagai alasan untuk menafikannya.
"Bagi kami ini adalah isu keselamatan dan semua pihak perlu bersatu menyokong usaha pembanterasan ini demi keselamatan negara kita. Bagi kami pihak kerajaan jangan terlalu banyak memberikan pelbagai alasan bagi menafikan situasi genting ini," tegasnya.

Sumber: Harakah Daily | 14 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan