SYARIKAT penerbangan Firefly akan memperkenal laluan Kota Bharu (KBR) – Bangkok (DMK) mulai 24 Januari 2014 (Jumaat) dengan kekerapan empat kali seminggu, iaitu setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat.
Pengenalan laluan antarabangsa ini dibuat setelah Firefly menggantung laluan penerbangan Kota Bharu (KBR) – Singapura (SIN) mulai 12 Julai 2013, iaitu selepas 11 bulan laluan ini diperkenalkan.
Penerbangan
sulung bagi penerbangan FY3648 dari Kota Bharu ke Bangkok dijadualkan berlepas pada
jam 09:20 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok
(DMK) pada jam 10:50 (waktu Thailand), manakala penerbangan FY3649 dari Bangkok
ke Kota Bharu akan berlepas pada jam 11:10 (waktu Thailand) dan dijadualkan
tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (KBR) pada jam 14:50
(waktu Malaysia). Penerbangan mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit sahaja.
Pengenalan laluan penerbangan ini dijangka bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan tetapi juga rakyat negeri-negeri berjiran terutamanya negeri-negeri Terengganu dan Pahang. Ia juga dapat memudahkan pelancong asing dari Bangkok untuk ke Pulau Perhentian melalui Kota Bharu.
Bandar raya Bangkok, Thailand merupakan sebuah kota metropolitan kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Jakarta, Indonesia. Bandar raya ini mempunyai dua buah lapangan terbang antarabangsa, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (BKK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK). Kebanyakan syarikat penerbangan utama dunia beroperasi dari atau ke BKK, manakala DMK khusus untuk syarikat penerbangan tambang murah (LCC) dan juga pesawat kecil seperti AirAsia, Thai AirAsia, Nok Air, Firefly, dan sebagainya.
Jualan dan Pembelian Tiket
Tiket penerbangan telah mula dijual mulai 20 November 2013 (Rabu) melalui laman sesawang rasmi Firefly, iaitu www.fireflyz.com.my. Pengumuman rasmi bagi pengenalan dan pembukaan laluan penerbangan ini dijangka dibuat tidak lama lagi oleh Pengurusan Firefly. Syarikat penerbangan ini juga dijangka menawarkan kadar tambang promosi (promo fares) bagi laluan antarabangsa ini tidak lama lagi.
Publisiti
Dalam usaha membantu Firefly mempromosikan laluan baharu ini, Kumpulan KBBRI turut membantu mempromosikan laluan ini melalui dua laman sesawang Facebook, iaitu www.facebook.com/laluankbbangkok dan www.facebook.com/kbbangkokroute. Ia merupakan salah satu tanggungjawab sosial Kumpulan KBBRI dalam usaha mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) sebagai hab penerbangan Pantaii Timur dan rantau Asia Tenggara (ASEAN).
Kota Bharu Hab Firefly Pantai Timur
LTSIP merupakan lapangan terbang domestik yang kedua tersibuk di Semenanjung Malaysia selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Shah Alam, Selangor dari segi jumlah pengendalian penumpang tahunan. Syarikat penerbangan Firefly mempunyai empat buah hab operasi di Semenanjung Malaysia, iaitu Subang (Hab Utama dan Tengah), Pulau Pinang (Hab Utara), Kota Bharu (Hab Pantai Timur), dan Johor Bahru (Hab Selatan).
Dari Kota Bharu, Firefly menawarkan penerbangan terus ke atau dari Subang, Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Bangkok (mulai 24 Januari 2014). Firefly juga bercadang untuk menjadikan LTSIP sebagai hab penerbangan ke negara-negara Indochina pada tahun 2014 nanti.

Nota: Waktu Thailand adalah lewat sejam daripada waktu Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan