Xiang Xiong (kiri) bersama Mohd Amar (tiga dari kiri) melepaskan belon sebagai simbolik perasmian kilang baharu CNMC. |
TANAH MERAH: CNMC Goldmine Holding Limited (CNMC) yakin mampu
mengeluarkan sehingga 1,000 kilogram (kg) emas setahun dengan pembukaan
kilang keduanya di tapak perlombongan emas di Hutan Simpan Sokor, dekat
sini.
Pengerusi Eksekutif CNMC, Prof Lin Xiang Xiong berkata, keyakinan itu berdasarkan kemampuan kilang baharu bernilai lebih RM10 juta itu mengeluarkan antara 50kg dan 100kg emas sebulan.
Katanya, dalam tempoh dua bulan setengah beroperasi bermula September lalu, kilang automatik menggunakan kaedah perlombongan ‘heap leach’ itu mengeluarkan lebih 250kg emas.
“Dalam tempoh dua minggu lepas sahaja, kilang ini mengeluarkan 66kg emas, jadi untuk tahun depan dan seterusnya, kami meramalkan pengeluaran antara 800kg hingga 1,000kg emas setahun,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan kilang kedua CNMC di tapak perlombongan emas di Hutan Simpan Sokor, dekat sini, kelmarin.
Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Kelantan, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.
CNMC adalah syarikat induk CMNM Mining Group Sdn Bhd (CMNM) yang mengusahakan tapak perlombongan emas di Hutan Simpan Sokor dengan usaha sama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Menerusi usaha sama itu, kerajaan negeri dan PKINK masing-masing menerima royalti lima dan tiga peratus bagi setiap pengeluaran emas di lombong berkenaan.
Lombong emas itu pernah mencatat sejarah negeri ini apabila menghasilkan jongkong emas pertama seberat 2.975kg bernilai RM400,000 pada 22 Julai tahun lalu.
Xiang Xiong berkata, sejak mula beroperasi di lombong itu pada 2007, syarikatnya melabur lebih RM100 juta dan bercadang meningkatkan lagi jumlah pelaburan pada masa depan.
“Polisi pelaburan kami bukan sahaja untuk perkembangan ekonomi tetapi juga berkongsi tanggungjawab sosial dengan masyarakat dan kami tidak pernah berhenti menjaga kebajikan rakyat setempat,” katanya.
Sementara itu, Mohd Amar berkata, kesungguhan CNMC melabur lebih RM10 juta untuk kilang baharu itu menunjukkan keyakinan syarikat terbabit dengan potensi dan masa depan lombong emas berkenaan.
Menurutnya, pembinaan kilang baharu dengan keupayaan pengeluaran lebih tinggi itu juga diharap membolehkan CNMC membantu negeri ini menempa nama dalam peta perlombongan emas di negara ini.
“Setakat ini, kita (Kelantan) belum ada nama dalam peta pengeluaran emas kerana yang ada cuma Terengganu dan Pahang, jadi kita harap usaha CNMC ini akan jadi permulaan.
“Kita juga harap syarikat perlombongan emas lain seperti di Gua Musang dan satu lagi kawasan di Sokor juga dapat tingkatkan pengeluaran dan boleh beri hasil lebih besar kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 20 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan