KOTA BHARU: Tangkapan terhadap pesalah juvenil di Kelantan antara
Januari hingga Oktober tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 106
peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 91 daripada 86 pesalah juvenil yang ditahan pada 2012 menjadikan jumlah mereka tahun ini ialah 177.
“Jumlah 177 itu termasuk 28 kes membabitkan jenayah kekerasan dan 97 jenayah harta benda berbanding hanya 22 kes jenayah kekerasan dan 31 kes jenayah harta benda pada tahun 2012,” katanya pada penutupan Bengkel Kesedaran dan Pencegahan Jenayah II/2013 di sini, semalam.

Bengkel dianjurkan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kelantan dengan
kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan dan disertai 150
pelajar dari seluruh sekolah di negeri ini.
Hadir sama pada majlis yang berlangsung di Mess Pegawai Kanan, Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN negeri, Rosnah Ibrahim.
Jalaluddin berkata, jenayah curi motosikal, pecah rumah, ragut, samun dan jual serta beli dadah kini menjadi trend jenayah di Kelantan dan gejala ini juga perlahan-lahan sedang meresap dalam kelompok remaja di negeri ini.
“Kebanyakan jenayah pecah rumah dilakukan pada waktu malam dan semasa penghuni tiada di rumah sementara jenayah lain pula dilakukan tanpa mengira masa dan tempat kejadian.
“Antara yang menjadi punca remaja ini terjebak termasuklah kerana budaya melepak dan bergaul tanpa batasan hingga merosakkan emosi yang mendorong kepada perlakuan negatif ini,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam mencorak dan menentukan hala tuju para remaja itu.
“Mereka ibarat kain putih yang memerlukan didikan awal dari rumah. Pemantauan menyeluruh daripada ibu bapa menjadi aspek paling penting bagi menerapkan nilai-nilai agama yang seiring ilmu dunia dan bersesuaian dengan normal kehidupan manusia.
“Sementara polis pula akan membantu memberi kesedaran kepada kelompok ini serta sentiasa berusaha mencapai tahap lebih cemerlang dan efisien dalam memastikan kesejahteraan rakyat terjamin daripada sebarang ancaman jenayah yang boleh merosakkan masa depan mereka,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 12 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan