Ghaddar (dua dari kiri) bersama sebahagian barisan pemain baharu Skuad Kelantan musim 2014. |
PENYERANG prolifik Kelantan 2012, Mohammed Ghaddar dan
pemenang kasut emas 2012, Francis Forkey Doe sah beraksi bersama The Red
Warriors (TRW) dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2014.
Turut memperkuat barisan Juara Treble 2012 ialah bekas pemain Middlesbrough dan skuad kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky serta bekas pemain Kedah dan Felda United, Amar Rohaidan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, pemilihan semula Ghaddar berdasarkan keupayaannya menjaringkan gol ketika bersama Kelantan sebelum ini.
"Sebenarnya Kafa mendapat banyak pandangan mengenai pemilihan pemain import musim 2014, kita hargai namun kita perlu memilih seorang pemain yang boleh menjaringkan gol kerana dalam perlawanan walaupun kita menguasai permainan dan gagal menjaringkan gol ia tidak menjamin kemenangan buat pasukan.
"Meledak 21 gol ketika bersama Kelantan sebelum ini membuktikan Ghaddar pilihan tepat selain corak permainannya sudah serasi dengan rakan sepasukan," katanya pada majlis memperkenalkan barisan pemain Kelantan 2014, di ibu negara, semalam.
Mengenai Forkey Doe, Annuar percaya gandingannya bersama Ghaddar mampu memastikan gawang pasukan lawan dibocori setiap kali mereka beraksi.
"Forkey Doe membuktikan kewibawaannya selaku pemilik kasut emas 2012 dan gandingannya bersama Ghaddar pastinya memberi ancaman kepada pertahanan lawan. "Forkey Doe, Ghaddar dan Shawky pernah bermain di satu kelab terkenal di Timur Tengah, Al Ahly. Kita tunggu mereka beraksi yang pastinya akan menghangatkan saingan musim depan," katanya.
Pada majlis sama Kafa turut memperkenalkan beberapa pemain baru antaranya, Brendan Gan, Shakir Ali, Famirul Asyraf Sayuti, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Wan Zaharul Nizam dan Nazri Ahmad.
Annuar berkata, secara keseluruhannya 18 pemain TRW 2013 berhijrah ke pasukan lain.
"Kita akui ramai pemain tonggak utama berhijrah. Namun semua itu satu cabaran buat Kafa untuk meneruskan kecemerlangan walaupun diakui skuad kali ini dibarisi pemain muda.
"Kafa adalah gedung melahirkan bintang, ambil pemain yang tiada nama sehinggalah dibentuk menjadi seorang bermain berkualiti, semua orang tahu perkara ini dan kita seharusnya berbangga dengan apa yang dilakukan," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Ultras | 27 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan