PENYERANG kelab Australia, Rockdale City Suns, Brendan
Gan (gambar) bakal menjadi senjata terbaru jentera serangan skuad The Red
Warriors (TRW) apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengumumkan
telah mengikat kontrak dua tahun dengan pemain itu untuk bermain dengan
Kelantan musim depan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataannya dalam laman Facebook berkata, pihaknya akan memohon kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi untuk mendaftarkan beliau sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia dan Piala AFC.
"Kafa telah mengikat kontrak dua tahun dengan pemain Liga Australia yang berketurunan Malaysia. Ayah Brendan Gan dilahirkan di Seremban.
"Mengikut Status Fifa pemain layak mewakili negara asal keturunannya berdasarkan tempat lahir, ibu bapa kandung atau datuk pemain, bukannya atas dasar kad pengenalan diri mahupun negara.
"Jadi, berdasarkan kelayakan Brendan mewakili Malaysia, kita berhasrat mendaftarkan Brendan sebagai pemain tempatan Liga M dan Piala AFC. Permohonan itu telah dibuat kepada FAM hari ini (semalam)," katanya,

Untuk rekod, Brendan pernah beraksi di A-League bersama Sydney FC dan pernah juga menyarung jersi Sabah pada tahun 2012 sebagai pemain import.
Selain Brendan, pemain yang dikatakan sudah sah menyarung jersi Kelantan musim depan adalah Ahmad Shakir Mohd Ali dari Negeri Sembilan dan Wan Zaharulnizam Zakaria dari pasukan Harimau Muda A.
Tambah Annuar, beliau akan umumkan 22 pemain Kelantan musim 2014 dalam tempoh terdekat ini kerana masih menunggu beberapa lagi kontrak untuk dimuktamadkan.
Difahamkan antara 22 pemain yang bakal diumumkan itu termasuk nama penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat; ketua pasukan berpengaruh Kelantan, Mohd Badhri Radzi; pertahanan import, Obinna Nwaneri; Farishah Ismail, Zairul Fitree Ishak, Khairul Izuan Rosli, Syazwan Yusoff, Fakri Saarani dan Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin.
Sebelum ini, TRW hilang lapan pemain - Daudsu Jamaluddin, Shakir Saari, S Subramaniam, Azizi Mat Rose, Rizal Fahmi Rosid, Izuan Solahuddin, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad yang berpindah ke pasukan lain.
Sumber: Sinar Harian | Ultras | 23 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan