Farhan masih menjadi kesayangan penyokong setia The Red Warriors. |
KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) masih
mengharapkan kelibat Mohd Norfarhan Muhammad bersama The Red Warriors
(TRW) musim depan.
Hasrat itu diluahkan setelah mengetahui status Farhan yang kembali menjadi teka-teki meskipun dia sebelum ini dikatakan bakal berhijrah ke pasukan selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT).
Hal ini kerana Farhan belum menandatangani sebarang kontrak bersama pasukan tersebut, sekali gus mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu masih menjadi milik mutlak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Menurut Timbalan Presiden kelab itu, Mahizi Mahmood, sentuhan pemain berusia 28 tahun itu sentiasa diperlukan dalam skuad Kelantan bagi membantu pemain lain dalam usaha memperkasakan pasukan itu.
Sehubungan itu katanya, dalam hal ini Kafa perlu melakukan sesuatu dan sebolehnya bertolak ansur dengan Farhan khususnya mengenai soal gaji.
“Itu hanyalah pandangan kami dari sudut penyokong. Namun, keputusan untuk memilih sama ada mahu mengekalkan pemain sedia ada atau membawa masuk tenaga baru terletak di tangan pihak pengurusan.
“Kami sokong penuh sebarang keputusan yang dibuat Kafa, tapi sebolehnya mereka pertimbangkanlah apa diminta pemain. Kalau mampu apa salahnya. Lagipun bagi kami satu kerugian kehilangan Farhan kerana dia sudah serasi bersama TRW.
"Dengan pengalaman sedia ada sewajarnya pemain tersebut menaikkan sedikit bayaran gaji dan jika Kafa mampu apa salahnya memenuhi kehendak pemain. Tapi itu semua terpulang kepada Kafa.
"Apa kami harap, Kafa membuat keputusan tepat dalam pemilihan pemain bagi memastikan Kelantan terus memberikan cabaran dalam saingan musim depan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Dalam laporan Sinar Harian baru-baru ini, sumber dalaman memberitahu, Farhan dikatakan masih mengadakan rundingan dengan pihak Kafa ketika ini bagi membolehkan dia kekal beraksi bersama Kelantan pada musim depan.
Sumber itu berkata, tidak timbul soal Farhan membuat pusingan U, kerana dia masih milik Kelantan sehingga hari ini.
Menurut sumber itu juga, Farhan berat hati untuk meninggalkan Kelantan dan semua pihak diminta memberi masa untuknya membuat keputusan.
Jelas sumber dalaman itu lagi, sikap penyokong Kelantan yang sentiasa menyanjung tinggi mana-mana pemain bola sepak menyarung jersi negeri tersebut membuatkan Farhan atau dikenali ‘Ben 10’ begitu sukar untuk membuat keputusan berhijrah ke pasukan lain.

Sumber: Sinar Harian | Ultras | 13 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan