Sebahagian penduduk yang meninjau keadaan pantai setelah benteng di kawasan itu dibina. |
KOTA BHARU: Lebih 500 penduduk di sekitar Pantai Sabak di sini, dapat
menarik nafas lega selepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membina
benteng bagi menyelesaikan masalah hakisan di kawasan terbabit.
Seorang penduduk yang juga nelayan di kawasan itu, Nik Hassan Nik Ibrahim, 65 berkata, pembinaan benteng tambahan yang bermula sejak November lalu, turut membantu penduduk di kawasan itu menjalani kehidupan dengan lebih baik tanpa khuatir dengan ancaman ombak besar.
“Sejak lebih 20 tahun lalu kami terpaksa berpindah randah. Selama itulah kami sering hidup dalam keadaan ketakutan, memandangkan dalam musim tengkujuh air akan mula naik dan ombak akan lebih besar menyebabkan kami terpaksa tinggal di rumah ahli keluarga lain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Kami sangat bersyukur dengan projek pembinaan benteng ini yang akhirnya dapat mengelakkan kejadian hakisan dan kami tidak perlu berpindah ke tempat lain memandangkan keadaan terbabit kini semakin terkawal dengan pembinaan benteng,” katanya.
Nik Hassan berkata, walaupun tidak dapat turun ke laut untuk mencari rezeki dalam musim tengkujuh ini memandangkan ombak besar, dia sudah bersedia dengan simpanan yang ada di samping memperoleh bantuan sara hidup nelayan sebanyak RM200 sebulan.
“Memang setiap kali bila tibanya musim ini, kami para nelayan pesisir pantai terutamanya yang gunakan bot kecil tidak turun ke laut dalam jangka masa tiga bulan sehinggalah musim tengkujuh reda dan kembali seperti sedia kala.
“Walaupun begitu kami masih bersyukur dapat menjalani kehidupan dengan rezeki yang ada bagi menampung kehidupan kami seharian sepanjang musim ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk di kawasan itu, Salleh Mamat, 68 berkata, pembinaan benteng banyak membantu penduduk di kawasan itu.
“Jika dahulu, kami di sini perlu berpindah randah bagi mengelakkan hakisan, namun kini tidak lagi. Limpahan ombak terbabit kini disalurkan melalui saluran pembetung yang juga dibina di kawasan berkenaan dan tidak lagi menghempas rumah-rumah di kawasan ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 21 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan